Rabu, 23 Mac 2016

Kerabu Pucuk Putat


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia semua... Cuti sekolah tempohari sempatlah balik bercuti kat kampung di utara tanahair. Tapi masyaallah panasnya, kat sebelah utara tengah musim kemarau sekarang. Takut rasanya nak keluar rumah. Waktu petang barulah boleh keluar jalan-jalan.

      Kebetulan kat kampung ada pucuk putat, jadi teringin nak makan kerabu, maka saya buatlah kerabu dicampur dengan sebiji mangga. Wah... sedapnya makan dengan nasi.


Resepi Kerabu Pucuk Putat

Bahan-bahan:
2 cekak pucuk putat (dihiris halus)
1 biji buah mangga muda (dicincang)
1 biji bawang besar
sedikit udang kepal
kelapa parut
sedikit air asam jawa
sambal belacan secukupnya
garam serta gula
  

Cara membuatnya:
1. Sediakan sambal belacan.
2. Kelapa parut dimesin sehingga halus.
3. Campurkan semua bahan, kemudian di gaul 
   sehingga rata. 
4. Rasakan manis masinnya. Siap untuk
   dihidangkan.



1 ulasan: