Khamis, 31 Mac 2016

Kek Coklat Kukus


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersiaran lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya. 

     Kali ini saya but kek coklat kukus pula. Selalu sangat anak-anak minta dibuatkan kek coklat, anak-anak perempuan saya memang sukakan makanan yang berasaskan coklat. Kalau kawan-kawannya jual kek atau cupcake coklat pasti dibelinya.

     Saya cuba resepi kek coklat kukus dari Belog Husna Milah. Memang sedap... Anak-anak pun cakap sedap keknya. Saya letakkan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.


Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula 

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonate

Bahan C
3 biji telur (blend guna blender)


Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan A dalam periuk, 
   panaskan atas api dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A, 
   gaul sebati.
3. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas
   plastik tahan panas ikut citarasa anda.
5. Kukus selama 1 jam. Pastikan penutup
   kukusan dibungkus dengan kain supaya air
   tidak menitik keatas kek.
6. Bila dah sejuk boleh disiram coklat cair
   dan ditabur coklat urai. 





Resepi coklat Cair

Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 sdb minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan dan panaskan api
   perlahan sambil dikacau hingga sebati dan
   likat.
2. Curahkan ke atas kek yang sudah sejuk.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan