Ahad, 27 Mac 2016

Nasi Lemak Pandan


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bersua lagi di hari minggu, semoga teman-teman berbahagia selalu di samping orang yang tersayang.

      Masak apa hari ni? Tentu para surirumah tangga masak yang sedap-sedap untuk santapan keluarga tersayang. Maklumlah dihari minggu begini semua ahli anggota keluarga berkumpul. Hari ni saya cuba masak nasi lemak pandan, sambal ikan bilis serta ayam berempah versi saya. Suka tengok mereka makan, siap bertambah-tambah lagi.


Resepi Nasi Lemak Pandan

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan beras
1 kotak santan (200ml)
4 helai daun pandan (blender ambil airnya)
air secukupnya untuk menanak nasi
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (dititik)
1 helai daun pandan (diikat)
1 inci halia diketuk
sedikit pewarna hijau
garam secukupnya
 

Cara memasaknya:
1. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak.
   Tumis bawang merah serta bawang putih,
   kemudian masukkan halia, serai serta 
   simpulan daun pandan. 
2. Masukkan santan, air daun pandan, garam 
   serta beras. Tambah air secukupnya.
3. Pindahkan ke dalam rice cooker. Masak 
   seperti nasi biasa. 
4. Apabila nasi sudah masak, kacaukan dengan
   garpu supaya nasi tidak patah.
5. Setelah nasi masak bolehlah dihidang dengan
   lauk atau bahan sampingan. 

Bahan sampingan lain seperti sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, ikan bilis goreng, telur rebus serta hirisan buah timun.


Resepi Sambal ikan Bilis:

Bahan-bahan:
ikan bilis
cili kering kisar
sedikit belacan 
air asam jawa
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
garam serta gula secukupnya

Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali, tumis bawang merah serta
   bawang putih hingga wangi, masukkan cili
   kisar. Goreng sehingga cili garing.
2. Masukkan belacan serta air asam jawa.
   Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan bilis serta bawang besar.
   Kemudian masukkan pula garam serta gula.
4. Rasakan ia, jika dah ok barulah diangkat
   untuk dihidangkan.


Resepi Ayam goreng berempah

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 inci halia*
3 batang serai*
2 biji bawang besar*
1 senduk cili giling
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Caranya:
1. Ayam dipotong serta dibersihkan.
2. Bahan yang bertanda* diblender hingga 
   halus.
3. Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam 
   tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit
   serta garam dan gula.
4. Perapkan dahulu sebelum digoreng.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Komen