Khamis, 23 Oktober 2014

Sambal Ayam


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

       Hari ni saya entrikan mengenai masakan sambal ayam. Anak-anak saya memang suka makan ayam. Kalau dah lama tak masak ayam, pasti ada yang tanya bila nak masak ayam. Biasanya kalau masak sambal ayam ni, pasti ada yang menambah nasinya. Dan ada pula makan  berulang-ulang kali.



Resepi Sambal Ayam

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
5 senduk cili kering kisar
2 batang serai (dititik)
sedikit kerisik
1 inci halia*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
garam dan gula
sedikit kunyit serbuk
1 sudu sos tiram
sedikit minyak masak untuk menumis 
        dan menggoreng ayam



Cara memasaknya:

1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. 
   Gaul dengan sedikit garam dan kunyit.
   Kemudian goreng sebentar. Ketepikan.

2. Bahan yang bertanda * ditumbuk atau 
   dikisar.

3. Masukkan minyak dalam kuali, masukkan 
   serai, biar seketika,kemudian masukkan 
   bahan yang ditumbuk. Bila sodah garing 
   barulah masukkan cili kisar. Goreng 
   sehingga naik minyak.

4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, jika 
   terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

5. Kemudian barulah masukkan kerisik, garam, 
   gula, sos tiram. Masak lagi sehingga 
   mendidih. Rasakan ia, jika dah ok
   bolehlah diangkat.




2 ulasan:

  1. Sedapnya menu.mesti sedap ni..terliurla pula tengok..^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah cuba resepinya Wana.....sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

      Padam