Ahad, 1 Jun 2014

Kuih Kaswi Tepung Pulut


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam bahagia untuk semua, moga hari ini lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Aduh.... petang-petang begini terasa lapar lah pulak. Apa lagi, cuaca baru je lepas hujan. Alhamdulillah.... bertambah suburlah pokok-pokok tanaman saya. Teringin nak makan kuih kaswi tepung pulut, maka saya buatlah setengah adunan. Buat banyak-banyak kan nanti tak habis pulak. Melihat dari dapur YATI MEMORIES teringin pula saya nak mencubanya. Baru hari ini berkesempatan membuatnya.

     Memang sedap kuih kaswi ni. Tak sangka pula anak-anak saya pun suka. Menyesal pula buat setengah adunan. Tak apa... lain kali boleh dibuat lagi. Minta izin ya Yati saya copykan resepinya kat sini untuk rujukan saya nanti.





Resepi Kuih Kaswi Tepung Pulut

Bahan-bahan:

Bahan A
2  cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
1/2 sdt air kapur yang pekat
2 cawan air
sedikit pewarna coklat (tak letak pun tak apa)

Bahan B
3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

Bahan C
kelapa parut muda kukus
sedikit garam



Cara membuatnya:

1. Campur bahan-bahan A dalam mangkuk dan
   kacau rata. Ketepikan.
2. Campur bahan-bahan B dalam periuk dan
   masak hingga mendidih. Tuangkan kedalam
   bahan A dan kacau rata. Tapiskan adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan yang 
   bergris. dan dipanaskan dahulu. Kukus
   selama 30 minit jika menggunakan loyang dan
   15 minit jika menggunakan acuan lompang.
4. Biarkan benar-benar sejuk baru dipotong.
   Sajikan dengan kelapa parut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan