Khamis, 23 Oktober 2014

Kuih Sagu Merah


    Assalamualaikum wrh... wbr....

      Selamat pagi dan salam bahagia teman-teman semua. Semoga anda semua memperolehi kebahagiaan di hari Jumaat yang penuh barokah ini. Lama tak makan kuih sagu, jadi malam tadi sebelum tidur saya kukuskan kuih sagu ni, bangun pagi kuih ni dah sejuk cuma sediakan kelapanya sahaja. Dah siap untuk sarapan.



Kuih Sagu Merah

Bahan-bahan:
300gm sagu halus
400ml air
200gm gula putih
sehelai daun pandan
perasa sirap ros

kelapa parut (sedikit muda)
sedikit garam

 Cara memasaknya:
1. Sagu direndam terlebih dahulu supaya 
   kembang.Bila dah kembang toskan.
2. Masak gula bersama air dan masukkan 
   daun pandan.
3. Masukkan sagu dan kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan pewarna yang disukai.
5. Apabila sagu dah kering masukkan ke 
   dalam loyang.
6. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak 
   (tiada warna putih).
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Salutkan 
   dengan kelapa yang digaul dengan sedikit 
   garam.



1 ulasan: