Ahad, 19 Oktober 2014

Kurma Daging Berkerisik


    Assalamualaikum wrh... wbr.....

       Salam penuh keceriaan di hari minggu ni, semoga teman-teman beroleh kebahagiaan selalu disamping keluarga tercinta. Jalan-jalan kat dapur kak Gee @Dapur Gee- Hut, terjumpalah masakan kurma daging berkerisik, teringin nak cuba resepi ni memandangkan daging korban masih lagi berbaki dalam peti sejuk. Biasanya saya masak
kurma biasa je, tapi kali ni ditambah kerisik pula.
     Memang sesuailah dengan selera saya dan keluarga, habis jugalah 2 pinggan nasi.



Resepi Kurma Daging Berkerisik

Bahan-bahan:
1 kilo daging (dihiris)
2 mangkuk santan
2 bungkus rempah kurma
2 biji bawang besar (dibelah 4)
2 sudu kerisik 
1keping asam gelugur
3 biji kentang
2 biji cili hijau (dibelah)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit
      kayu manis, bunga cengkih dan buah
      pelaga) 
sedikit minyak untuk menumis
garam secukupnya

Bahan kisar:
1 inci halia 
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih



Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis masukkan rempah
   4 sekawan, masukkan bahan yang dikisar 
   wangi.
2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh
   dengan air. Biarkan sehingga ia wangi 
   dan garing.
3. Masukkan daging, kacau sebentar. 
   Tambahkan air jika terlalu kering, biarkan
   sehingga daging empuk.
4. Masukkan santan, kentang, kerisik, asam
   gelugur. Biarkan sehingga kentang empuk, 
   barulah masukkan garam dan perasa. 
   Masukkan juga bawang besar serta cili 
   hijau.
5. Perasakan garam, bila dah cukup rasa, 
   barulah diangkat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan