Rabu, 23 Julai 2014

Kuih Tat Nenas Gulung


   Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Bersua lagi di entri kali ini, di penghujung Ramadhan. Saya rasa masih ada lagi suri rumah yang masih membuat persiapan terakhir sebelum menjelangnya hari raya.

     Kali ini saya entrikan mengenai kuih tat nenas gulung yang saya cuba dari resepi CHE MAT GEBU. Memang sedap dan sangat gebu kuih tatnya. Pendek kata kalau makan tu susah nak berenti lah. Kalau boleh satu balang nak ngap semuanya. Terima kasih Che Mat diatas perkongsian resepinya. 

    Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya di masa akan datang.


Resepi Kuih Tat Nenas Gulung

Bahan-bahan:
230 gm mentega
400 gm tepung gandum
40 gm tepung kastad
50 gm gula ising
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila

Inti nenas secukupnya digentel kecil-kecil

Kuning telur untuk disapu 


Cara membuatnya:

1. Putar mentega dan gula hingga sebati. 
   Masukkan kuning telur dan esen vanila.
   Perlahankan kelajuan, masukkan tepung 
   sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
   lembut, tutup dengan tuala dapur bersih
   untuk dilembutkan.
2. Isi sedikit doh ke dalam acuan, tekankan. 
   Letak inti tadi dan gulung kemas-kemas.
   Letakkan dalam dulang pembakar.
3. Sapukan kuning telur atas tat tadi, dan
   bakar pada suhu 175 C selama 20-25 minit
   hingga kuning keemasan. Keluarkan 
   dari oven, biarkan 2-3 minit.
4. Alihkan ke atas jaringan dan biarkan ia
   sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan