Khamis, 24 Julai 2014

Kuih Tat Nyonya


    Assalamualaikum wrh.... wbr....

     Memandangkan jem nenas lebihan daripada membuat kuih tat gulung kelmarin masih lagi berbaki, daripada dibiarkan begitu saja, maka saya mencuba buatkan kuih tat nyonya pula. Kuih ini lebih mudah berbanding kuih tat gulung, hanya canaikan doh, dan terapkan dengan acuan. 


     Saya masih lagi mencuba dari resepi CHE MAT GEBU kerana resepi yang dicuba oleh beliau ni memang sedap-sedap semuanya. Terima kasih Che Mat di atas perkongsian resepinya. Izinkan saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.....ya.
 

Resepi Kuih Tat Nyonya 
  
Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum
4 sdb tepung jagung
3 sdb gula aising
200 gm mentega
1/2 sdk esen vanila
2 bijikuning telur
beberapa titik pewarna kuning
sedikit garam halus

Inti jem nenas secukupnya



 
Cara membuatnya:

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, 

   tepung jagung, gula aising dan garam halus. 
   Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan
   hujung jari hingga mendapat teksture 
   seakan-akan serbuk roti. Masukkan telur
   kuning sedikit demi sedikit sambil digaul
   rata hingga mendapat doh yang tidak melekat 
   dimangkuk adunan. Rehatkan sekejap.
2. Canai doh antara dua lapisan plastik 

   bersih. Sapu sedikit minyak pada plastik 
   untuk mengelakkan doh melekat. Canai setebal
   1/2 inci, terapkan dengan acuan, dan susun
   dalam dulang pembakar.
3. Letakkan jem nenas ke atasnya. Buat hingga 

   habis dan bakar dalam oven 175 C selama 
   25 minit.
4. Pusing-pusingkan dulang yang berisi tat 

   selepas 10 minit untuk mendapatkan kuih 
   yang sama rata masaknya. Sejukkan di atas
       jaringan  dan simpan di dalam bekas kedap 
   udara.




3 ulasan:

  1. cntik dilah, rasa mcm nak ambil je satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Kak Ruby ambil satu kuihnya. Tapi kalau nak rasa tu kena lah datang Shah Alam. Puas hati kan.... akak, kalau kita buat kuih sendiri.

      Padam
  2. p/s
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA MESKIPUN DI ALAM MAYA SAHAJA...

    BalasPadam