Ahad, 20 Julai 2014

Biskut Samprit Pandan


       Assalamualaikum wrh.... wbr....

    Salam bahagia teman-teman semua. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa sehingga ke penghujungnya. Namun  minggu lepas kita telah digemparkan dengan berita tragedi MH17 yang menyayat hati. Sedih rasanya melihatkan bencana yang menimpa saudara-saudara kita yang terlibat dengan nahas tersebut. Kita doakan semoga roh-roh mereka yang beragama Islam ditempatkan diantara orang-orang yang beriman. dan semoga kaum keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.


    Berbalik kepada cerita masak-memasak pula, kali ini saya cuba buatkan biskut samprit bunga perisa pandan pula. Biasanya kuih samprit menngunakan perisa esen vanila. Okey juga, memang sedap rasanya. saya cuba dari resepi CHEF ZURAIDA. Izinkan saya sharekan disini ya....


Resepi Biskut Samprit Pandan

Bahan-bahan:

Bahan A
200 gm mentega
100 gm gula ising
2 biji kuning telur
1/4 sdk pandan pes
1/4 pewarna epal hijau

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad

Potongan ceri secukupnya untuk hiasan


Cara membuatnya:

1. Sebatikan semua bahan-bahan A.

2. Kemudian masukkan bahan B dan uli rata.

3. Gunakan acuan samprit bunga. Letakkan 
   potongan ceri ke atasnya.

4. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 140 C 
   selama 30 minit.

5. Setelah biskut sejuk, masukkan ke dalam
   bekas kedap udara.




1 ulasan: