Khamis, 12 Julai 2012

Agar-agar Merah Ros & Agar-agar Hijau Pandan

          
              Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam sejahtera semua, semoga sihat-sihat sejahtera hendaknya. Dalam keadaan cuaca yang panas terik ini, tercari-cari juga apa yang boleh menyejukkan tekak. Bila tengok dalam simpanan, masih ada lagi agar-agar yang berbaki. Jadi saya masaklah agar-agar, hanya
menggunakan perisa ros dan perisa pandan. 


      Agar-agar ini memanglah sangat mudah dan sangat ringkas untuk disediakan. kita semaklah resepinya dulu....




Resepi Agar-agar Merah Ros & Hijau Pandan


Bahan-bahan:
10 gram agar-agar
1 1/4 cawan gula
5 cawan air
beberapa titik pewarna merah ros
beberapa titik pewarna hijau dan perisa pandan
2 helai daun pandan


Cara memasaknya:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga
   hancur. Masukkan daun pandan yang
   disimpul. Biarkan seketika sehingga 
   mendidih.
2. Masukkan gula, biarkan sehingga gula
   larut dan mendidih.
3. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu
   bahagian masukkan  beberapa titik pewarna
   merah ros. Angkat dan masukkan ke dalam
   acuan yang disukai.
4. Satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau
   serta perisa pandan, angkat dan masukkan 
   ke dalam acuan atau ke dalam loyang yang
   disukai. Biarkan ianya sejuk.


    

Ahad, 8 Julai 2012

Kuih Tepung Pelita

     
           Assalamualaikum wrh wbr.....


       Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua, semoga berada dalam lindungan Allah selalu. Entri kali ni mengenai kuih tepung pelita. Dah lama tak makan kuih ni, teringin pula rasanya nak makan. Biasanya kuih ni famous waktu bulan puasa je. So, saya pun cubalah buatkan. Saya gunakan sukatan MY RESEPI. Sedap sangat..... Anak-anak saya pun suka. Habis satu, satu diangkutnya kuih ni. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini ye...





Resepi Kuih Tepung Pelita


Bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dengan sedikit air
sedikit kapur makan
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Tepung, air gula, air daun pandan dan air 
   kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung 4 sudu tadi
   dan garam. Kacau hingga sebati dan
   ketepikan.
3. Masukkan tepung yang telah diadun dan di
   kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang
   disukai. Kalau dalam daun pisang lagi 
   sedap.
5. Masak santan yang diadun tadi, dan kacau
   hingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yang
   dalam acuan tadi.
7. Tunggu hingga sejuk atau masukkan dalam 
   peti ais, barulah sedap dimakan.





Jumaat, 6 Julai 2012

Amalan Sunnah

  
           Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua, semoga beroleh keberkatan di bulan ramadhan Al Mubarak ini. Di dalam bulan ramadhan berlakunya peristiwa Nuzul Quran. Nuzul Quran berarti penurunan Al-Quran dari langit kepada nabi yang terakhir yaitu Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini terjadi pada malam Jumaat, 17 Ramadhan ketika nabi sedang beribadat di Gua Hira'. Pada malam tersebut ayat yang pertama diturunkan yaitu surah Al-Alaq- 5 ayat dari surah tersebut.




            Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku sehingga seterusnya menjadi lengkap seperti kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

     Allah swt menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Membaca, menghayati serta mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah merupakan satu ibadat. Di dalam Al-Quran kalamullah mengandungi segala aspek hukum yang terkandung di dalamnya suruhan, larangan, iktibar serta pedoman kepada umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang membaca serta mengamalkannya akan memperolehi pelbagai kebaikkan.

Kelebihan-kelebihan membaca Al-Quran:

1. Mendapat kebaikkan, keberkatan dan 

   keharmonian hidup.

2. Dilimdungi dari godaan syaitan.

3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah 
   bidadari di syurga.

4. Pembaca alguran diberi pahala yang tidak 
   akan putus.

5. Selamat dari api neraka, mendapat
   kedudukan yinggi dan mulia bersama 
   malaikat.

6. Alquran mwnjadi pembela di hari Qiamat 
   bagi orang yang membaca Alquran.

7. Memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan
   di syurga.

8. Nembaca sebelum tidur mendapat kawalan
   malaikat.

9. Pembaca Alwuran termasuk dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.

10. Akan memberi cahaya di dalam rumah jika
    kita membaca Alwuran di dalam rumah.

11. Mempelajari satu ayat Alquran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat.

     Semoga kita semua akan menjadikan bacaan Alquran sebagai amalan harian kita dan semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan amalan kita.




sumber- internet






Rabu, 4 Julai 2012

Malam Nisfu Syaaban

        
        Assalamualaikum wrh wbr...


   Salam ukhwah kepada semua, semoga berada dalam keberkatan Allah swt. Malam ini adalah malam nisfu Syaaban, malam yang penuh dengan keberkatan.

   Nisfu dalam bahasa Arabnya beerti setengah atau sebahagian. Maka, nisfu Syaaban berarti setengah bulan Syaaban. Malam nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban, iaitu peristiwa hari ke 15 dalam bulan Syaaban dalam tahun Hijriah. Umat Islam mempercayai bahawa pada malam tersebut, amalan kita akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


          
           Nisfu Syaaban adalah termasuk di dalam hari besar Islam, dan ia merupakan malam yang kedua mulia selepas malam Lailatul Qadar, kerana pada hari itu banyak mengandungi kelebihan dan Allah swt memberikan atau menurunkan rahmat serta memberikan keampunan kepada hamba-hambanya.

   Kelebihan malam nisfu Syaaban Riwayat Abu Musa daripada Nabi Muhammad saw sebuah hadis Qudsi mengenai kelebihan malam nisfu Syaaban yang mana Allah Swt turun ke langit dunia lalu berfirman: "Sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka aku akan mengurniakan kepaadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka aku akan melepaskannya".


Amalan yang selalu dilakukan pada malam tersebut:

- membaca Yasin 3 kali dengan niat
  dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta
  diberkatinya, meminta doa agar mati dalam
  keadaan iman.

- memperbanyakkan Istighfar (memohon
  keampunan). 

- memohon keampunan daripada ibubapa.

- memohon taubat.

- membaca selawat ke atas junjungan Nabi
  Muhammad saw.

- Zikrullah (lailahaillallah)


Semoga amal ibadah yang kita kerjakan akan diberikan balasan yang setimpal dengan amalan kita... insyaallah.






Isnin, 2 Julai 2012

Kuih Bingka Pisang

       
         Assalamualaikum wrh... wbr...


  Salam sejahtera semua, semoga sihat selalu. Entri kali ini, mengenai kuih bingka pisang yang sedap sangat. Memandangkan kat rumah ni ada pisang yang agak lesu sedikit, sayang takut rosak begitu saja, maka saya buatkan kuih bingka pisang. 

  Resepinya saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini. Inilah hasil kuihnya...




Resepi Kuih Bingka Pisang

Bahan-bahannya:

1 sisir pisang masak (10-13 biji)-dilenyek
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 cawan santan
1 cawan susu sejat/cair
1 biji telur
2 sudu besar butter
sedikit garam





Cara membuatnya:

1. Semua bahan diblender kecuali pisang.

2. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi 
   pisang lenyek dan digaul rata.

3. Masukkan ke dalam loyang yang telah di
   lengser dengan butter.

4. Bakar 180 C selama 1 jam atau lebih untuk 
   dapatkan kerak yang hebat.

5. Sejukkan... baru dipotong. Masukkan dalam 
   peti ais lagi sedap.

6. Loyang 8x8 atau acuan bahulu pecah 8 
   dapat 3 biji kuih.





Pokok Kari

           
        Assalamualaikum wrh wbr...


        Salam ceria untuk semua, semoga berbahagia selalu. Entri kali ini mengenai pokok kari yang saya tanam. Sebenarnya pokok ini dah lama saya tanam. Tapi tak membesar sangat pun. Mungkin tak cukup baja atau hanya ditanam dalam pasu sahaja. Kalau di tanam diatas tanah, mungkin dah besar pokoknya. Walau bagaimanapun pokok ni berguna sangat, terutamanya bila nak buat kari. Rasa tak lengkap buat kari kalau tak ada daunnya. Pucuk daun kari yang mudanya juga boleh dibuat ulam.

        Nama pokok kari iaitu dalam bahasa tamilnya karipulei atau nama botani Murraya Koeniggi. Sebenarnya pokok kari ini berasal dari India dan Sri Lanka. Pokok ini adalah sejenis pokok renek. Daun kari ini mempunyai banyak kegunaan di kalangan masyarakat India terutamanya dalam masakan dan perubatan.




            Daun kari ini mempunyai khasiat perubatan seperti mengatasi masalah sembelit. Selain itu air rebusan kulit pokok kari yang kering boleh merawat diabetis. Juga amalan memakan daunnya dikatakan dapat mencegah kencing manis dan obesiti.



Kuih Bakar Kemboja

       
            Assalamualaikum wrh wbr......


   Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua. Semoga ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini, saya telah cuba membuat kuih bakar kemboja. Resepi ini saya cuba dari MY RESEPI. Tetapi saya tambahkan bilangan telurnya. Kata orang, kalau lebihkan telur lagi sedap. 

Alhamdulillah, sedap sangat kuihnya. Anak-anak memang suka sangat. Terima kasih my resepi. Inilah hasil kuihnya...



Resepi Kuih Bakar Kemboja

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (air+ pandan past)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan
2 tbs butter
4 biji telur
1/2 tps garam
pewarna hijau
bijan




Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan. Blend sampai
   sebati.

2. Masukkan 2 tbs minyak masak ke dalam
   loyang.

3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak
   sudah panas, masukkan mixture kuih tadi, 
   taburkan bijan dan bakar 180 c sehingga  
   brown dan garing.

4. Biarkan  sejuk baru dipotong.