Jumaat, 27 Mei 2016

Kuih Popiah Goreng


         Assalamualaikum wrh... wbr...

  Bertemu lagi di pagi Sabtu yang berbahagia ini, semoga anda semua ceria-ceria selalu hendaknya. 

  Dah pun start cuti sekolah pertengahan tahun. Mungkin ada dikalangan teman-teman yang merancang untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti bersama keluarga. Apa-apa pun diharapkan perjalanan anda akan selamat menuju ke destinasi dan juga selamat kembali nanti.

  Cerita masak memasak pula hari ini, sempat juga saya buatkan kuih popiah goreng untuk sarapan pagi.


Resepi Kuih Popiah Goreng

Bahan-bahan:

kulit popia
inti
tepung gandum + air (untuk lekatkan kulitnya)


Inti popiah:

Bahan-bahan:

1 batang lobak merah
1 biji ubi sengkuang
sedikit sayur kobis
1/2 biji bawang besar (dihiris kecil)
garam secukupnya
sedikit lada sulah
sedikit minyak untuk menumis


Cara membuat inti:

1. Keluarkan kulit popiah dari dalam peti
   ais.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang
   besar hingga layu. Masukkan lobak merah, 
   sengkuang serta kobis. Goreng sekejap.

3. Masukkan garam serta lada sulah. Kacau 
   sehingga bercampur, teruslah diangkat.
   Jangan biarkan terlalu lama nanti sayur
   terlalu lecur. Angkat dan sejukkan.



Cara menggulung popia:

1. Ambil sehelai kulit popia, letakkan
   sedikit inti dan balutlah dengan kulitnya,
   kemudian gulungkan ia.

2. Akhir sekali gamkan kulitnya dengan cecair
   tepung gandum yang dicampur dengan sedikit
   air.

3. Apabila selesai membalut popiah, boleh 
   digoreng dengan minyak panas.



Sedap dimakan dengan sos cili atau sos yang dibuat sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan