Rabu, 11 Mei 2016

Ayam Masak Halia


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam sejahtera di hari Khamis yang berbahagia ini, semoga teman-teman sihat sejahtera selalu.

      Terus kepada entri resepi, kali ini resepi ayam masak halia yang saya cuba masak tengahari kelmarin. Okey juga rasanya, sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Memang terasa halianya lebih sedikit, tapi baik untuk kesihatan. Dapat mengelurkan anin yang berkumpul dalam badan...kan.

      Jom lihat resepinya yang mudah ini...


Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:
500 gm ayam (potong kecil)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 cm halia (dihiris halus memanjang)
1 sdb kicap cair
1 sdb soso tiram
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1 biji cili merah (hiris nipis)
1 tangkai daun bawang
1 1/2 sdk tepung jagung (bancuh dgn sedikit 
          air) 
minyak masak (utk goreng ayam)
sedikit lada sulah @ lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula secukup rasa


Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak,gaul ayam dgn garam kunyit,
   kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat
   dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki goreng ayam,
   tumis bawang putih bersama halia sehingga
   naik bau. Masukkan kembali ayam yang 
   digoreng separuh masak tadi.
3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, 
   sedikit garam serta sedikit taburan lada
   sulah. Kacau seketika (jangan sampai bawang
   putih hangus).
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan 
   kacau hingga kuah sebati dan pekat. Tambah 
   sedikit air jika suka lebih kuah.
5. Taburkan dengan cili merah dan bawang 
   besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum 
   diangkat. Masukkan garam dan gula secukup
   rasa.
6. Angkat dan tabur dengan daun bawang dan 
   hidangkan bersama nasi panas.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan