Selasa, 3 Mei 2016

Ayam Masak Merah Azie Kitchen


           Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia... semua. Terus kepada cerita masak-memasak. Anak-anak memang suka makan nasi berlaukkan ayam, tapi dah buntu tak tahu nak masak apa. Jadi saya jalan-jalanlah ke blog kawan-kawan. Teringin hendak mencuba masakan ayam masak merah dari dapur Azie Kitchen.

     Memang sedaplah masakan ayam ni kalau kita masak sesuai dengan cara dan gayanya.
Terima kasih Azie diatas resepinya ini, izinkan saya kongsikan resepinya disini pula ya...



Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (lumur garam kunyit)
1/2 mangkuk kecil cili kisar
1/2 mangkuk kecil sos cili
2 sdb gula
1 1/2 sdk garam
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 hiris halia sebesar ibu jari

Bahan lain:
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 tin kecil kacang peas (tak letak)
1/2 tin susu cair
1 biji buah tomato (belah 4)
daun sup/daun bawang (untuk tabur)


Cara memasaknya:
1. Ayam digoreng separuh masak, angkat dan
   ketepikan. 
2. Panaskan minyak sesuai dengan bahan yang 
   hendak ditumis, tumis bahan kisar dengan 
   api perlahan hingga pecah minyak dan cili
   benar-benar garing.
3. Masukkan cili sos, garam, gula serta serbuk
   perasa. Masukkan juga sedikit air, kacau 
   rata dan masak seketika.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah 
   digoreng tadi, kacau rata sehingga ayam
   masak dan kuah pecah minyak dan berwarna
   cantik.
5. Kemudian masukkan pula susu cair serta 
   bawang hiris, masak sehingga mendidih.
6. Rasakan ia, jika dah ok barulah diangkat.
   Taburkan dengan daun sup serta daun bawang
   hiris. 



* Sedap juga kalau dimakan bersama nasi
  tomato.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan