Rabu, 3 Disember 2014
Hikmahnya Sakit
Assalamualaikum wrh...
Allah memberikan kita sakit sesuai dengan daya tahan hambanya, dan banyak hikmahnya: Buktinya.....
1. Sakit itu zikrullah.
Mereka yang sering diuji dengan sakit,
lebih sering menyebut nama Allah
berbanding diwaktu sihat.
2. Sakit itu istighfar.
Kita akan mudah teringat akan doa ketika
sakit sehingga lisan mudah untuk memohon
ampun.
3. Sakit itu muhasabah.
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu
merenung diri dari sepi, menghitung-hitung
bekal untuk kembali.
4. Sakit itu jihad.
Orang yang sakit tidak mudah nenyerah
kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi
kesembuhan.
5. Sakit itu ilmu.
Sakit itu akan membuat kita memeriksa dan
mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6. Sakit itu nasihat.
Yang sakit selalu suka menasihati yang
sihat agar jaga diri. Yang sihat
menasihat yang sakit agar bersabar.
7. Sakit itu silaturrahim.
Keluarga yang jarang datang jenguk akan
datang menziarahi, penuh senyum dan rindu
mesra dan dapat buah tangan lagi.
8. Sakit itu gugur dosa.
Anggoya badan yang sakit akan mendapat
penyucian.
9. Sakit itu mustajab doa.
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari
orang yang sakit agar mendoakannya dan
kita juga selalu begitu.
10. Sakit itu menyusahkan syaitan.
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu,
malah disesalinya.
11. Sakit itu sedikit tertawa dan banyak
menangis.
Satu sikap keinsafan yang disukai
Rasulullah saw dan makhluk dilangit.
12. Sakit itu menguatkan kualiti ibadah.
Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih
istighfar lebih sangat. Tahiyat juga
akan lebih lama.
13. Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa
tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadduk.
14. Sakit mengingatkan kita akan mati.
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk
menghadapinya.
Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Marilah kita sama-sama zikir, fikir, syukur dan sabar diatas segala kehendak Nya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan