Khamis, 18 Disember 2014

Gulai Lemak Ikan Talang dgn Nenas


   Assalamualaikum wrh... wbr....

      Bersua lagi dientri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu diketika ini.Hari ini saya masak  gulailemak ikan talang masin drngan nenas. Sewaktu pulang ke kampung tempohari saya sempat beli sedikit ikan-ikan kering dan ikan masin seperti ikan talang, talang padi, ikan tamban serta ikan bilis untuk simpanan.

     Tak selalu pun makan ikan-ikan masin, kadang-kadang je kalau teringin nak makan barulah saya masak. Kalau makan ikan masin tiap hari alamatnya tekanan darah pun melambung tinggi. Nanti bahaya pulak. Okeylah mari kita lihat resepi gulai lemak ikan talang masin.



Resepi Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dgn Nenas

Bahan-bahan:
350 gm ikan talang
1/2 biji nenas (dihiris)
santan 
2 batang serai (dititik)
garam dan sedikit perasa

Bahan ditumbuk halus:
15 biji cili api
3 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar

   
Cara memasaknya:
1. Ikan talang masin dipotong-potong,
   kemudian direndam dengan sedikit air garam 
   selama lebih kurang 1/2 jam untuk
   mengurangkan rasa masinnya, kemudian basuh
   dan toskan.
2. Dalam periuk masukkan bahan-bahan tumbuk, 
   serai serta sedikit santan cair.
3. Bila dah mendidih, masukkan pula ikan 
   talang serta nenas. Biarkan mendidih dan 
   nanas layu.
4. Masukkan santan, sentiasa dikacau supaya 
   santan tidak pecah minyak. Masak 
   menggunakan api yang kecil. Masukkan garam
   dan perasa jika suka.
5. Perasakan garamnya. Jika dah secukup rasa 
   barulah tutupkan api. Siap untuk
   dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan