Khamis, 10 Julai 2014

Kuih Onde-onde atau Buah Melaka


    Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam Ramadhan kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Teringat dulu-dulu kalau puasa je, emak mesti buatkan kuih buah melaka ni, memang feberet saya. Kalau sekarang ni, dah berkeluarga, nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. Kalau tidak, tak merasa lah jawabnya.



Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sdb tepung beras
1 cawan air 
2 keping gula kerek
sedikit pewarna dan perisa pandan
kelapa parut muda
sedikit garam


Cara membuatnya:
1. Gula kerek dipotong kecil-kecil.
2. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam,
   ketepikan. 
3. Masukkan kedua-dua jenis tepung di dalam 
   satu bekas, campurkan air dengan pewarna.
   Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Didihkan air ke dalam periuk.
5. Ambil sedikit tepung, leperkan ia. 
   Masukkan sepotong gula yang dipotong. 
   Kemudian gentelkan sehingga menjadi bulat.
   Ulangi sehingga habis.
6. Kemudian masukkan ia ke dalam air
   mendidih. Apabila ia timbul, angkat dan
   golekkan ke dalam kelapa parut tadi. Siap
   untuk dihidangkan.

1 ulasan: