Ahad, 6 April 2014

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran


         Assalamualaikum wrh... wbr...


        Memang bagus juga giveaway yang dianjurkan 
oleh Ami's Little Kicthen ni, kerana setiap orang yang bergelar ibu mempunyai pengalaman yang sangat berbeza dan mempunyai kisah kelahiran anak yang tersendiri. 
     Begitu juga dengan saya yang mempunyai 4 orang cahayamata seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Setiap orang anak pula dirasai proses kelahiran yang berbeza.
Alhamdulillah keempat-empat orang anak dilahirkan secara normal, tidak secara pembedahan.
     Di sini ingin saya kongsikan pengalaman melahirkan anak yang pertama (sulong). Selepas berkahwin saya dan suami terus berangkat ke Indonesia ( Tasik Malaya, Jawa Barat) bagi melanjutkan pelajaran di sana. Selepas 1 bulan usia perkahwinan saya terus mengandungkan anak pertama kami. Setelah lebih kurang 9 bulan lebih usia kehamilan tibalah tarikh jangkaan doktor. Pada tarikh 6hb Julai 1995, malamnya saya merasa senak dibhg perut, tapi sekejap datang dan sekejap juga hilang. Tetapi masih belum keluar apa-apa tanda (cecair atau darah).
     Oleh kerana rumah sakit besalin agak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan di Pekan Tasik Malaya, sebelum apa-apa terjadi maka saya terus dibawa ke rumah sakit bersalin swasta. Doktornya juga adalah seorang pakar sakit puan. Oleh kerana tekanan darah pun mendadak tinggi, maka doktor sarankan supaya diinduce. Jadi nurse memasukkan ubat bagi merangsang rasa sakit pada keesokkan harinya. Memanglah kesakitannya terasa amat kuat lebih daripada sakit bersalin biasa. Dibilik bersalin semuanya sudah bersedia manunggu saat untuk melahirkan. Jadi saya disuruh push oleh doktor dan dibantu pula dengan vakum pertama dan kedua kalinya. Tetapi vakumnya terlepas. Kata doktor masuk kali ketiga kalau tak berjaya juga, barulah akan dioperate. Masyaallah diwaktu itu, tak tahulah apa nak diucapkan lagi. Segala doa dan zikir juga keluar dari mulut ini. Dalam keadaan sakit yang tak terhingga itu, dalam hati sempat lagi berdoa. Ya Allah.... permudahkanlah kelahiran ini.
      Alhamdulillah push kali ketiga dan dibantu pula vakum oleh doktor, seorang bayi lelaki seberat 4.2 kg telah selamat dilahirkan lebih kurang  pukul 3 pagi pada 7hb Julai 1995. Apabila bayi keluar, kepalanya kelihatan agak lonjong. Lama kelamaan kepalanya menjadi seperti biasa tetapi masih ada warna kemerah-merahan bekas vakum tersebut. Bersyukur sangat-sangat kerana belum sempat dioperasi diketika itu. Mungkin disebabkan baby tu besar sangat, maka proses bersalin menjadi agak sukar dan agak lama. Itulah pengalaman saya melahirkan anak pertama dan pengalaman itulah masih saya ingat sehingga sekarang.



Inilah photo baby ketika masih bayi, ketika ini umurnya belum 40 hari.


Ini pula ketika berumur 6 bulan.



 Alhamdulillah sekarang dah berumur 19 tahun, dah besar panjang pun. Namanya Zohar Sathori bin Mohd Rahimi, diberi nama oleh seorang ustaz atau kiyai di sana.

Betul kata Amie, proses bersalin itu sangat sakit, sangat derita tapi bahagia akhirnya apabila melihat kehadiran seorang bayi yang comel anugerah dari ilahi.
Happy Birthday juga saya ucapkan kepada anak Amie, Firdaus. Semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

PS: Sebelum terlupa, saya memang minat dengan warna purple.



2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.... syukur kepada Allah atas segala kurnia-Nya, bersama-sama derita itulah datangnya erti bahagia. Nampaknya, usia anak sulung kita hampir sama, Zohar 19 tahun... anak lelaki sulung saya pun 19 tahun juga pada Sepetember ini. Mudah-mudahan sama-samalah anak-anak kita menjadi anak yang soleh, berbakti pada ayah bonda, berjasa pada agama, nusa dan bangsa.
    Ribuan terima kasih sudi menyertai my first giveaway ni ye Diela. Jangan lupa emelkan nama penuh, alamat & no hp dan hantar ke alamat ini : salamiez@gmail.com

    BalasPadam
  2. Ya... ka, tak sangka pula anak sulung kita, sama umurnya. Insyaallah akan saya emailkan nanti.

    BalasPadam