Assalamualaikum...
Berjumpa lagi di update kali ini.
Hari Selasa kelmarin saya ke Hospital Jantung di Serdang untuk mengambil ubat encik suami. Selepas bertugas dan selesai ambil anak sekolah, kami bertolak ke sSerdang.
Tak lama pun ambil ubat, cuma lebih kurang setengah jam sahaja menunggu giliran mungkin kerana tak ramai orang diwaktu itu dan baru habis waktu rehat. Jadi tak lama lah menunggu.
Nak terus balik rasa macam awal lagi, jadi si sulung bawa kami jalan-jalan ke Paya Indah Wetland.
Biasanya hari Sabtu dan Ahad memang ramai pengunjung. Tapi kami datang pada hari selasa, memang tak ada orang lah. Alang-alang dah datang, jaadi kita masuk juga walaupun tiada pengunjung yang lain.
Masuk ke dalam Paya Indah Wetland adalah percuma, tapi caj akan dikenakan mengikut aktiviti yang dipilih.
Nak masuk ke dalam, kalau nak jalan kaki memang tak daya, Kalau datang hari sabtu minggau dapatlah naik kenderaan ni.

Mula-mula datang lihat hippo dok berendam dalam kolam.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan