Ahad, 6 April 2014

Sayur Rebus Kerang


         Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Kelmarin saya sempat pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur kerana peti sejuk pun dah mula kosong. Jadi sekali sekala kenalah ke pasar membeli barangan dijadikan stok untuk seminggu. Dah lama tak makan kerang. Bila terpandang saja kerang, teruslah saya belikan. Anak-anak memang tak suka makan kerang, kata mereka tak sedap. Jadi saya belikan sedikit sahaja. 


   Kerang ini boleh dimasak pelbagai jenis lauk. Seperti dibuat sambal tumis, rendang dan ada juga direbus dan dicicah dengan air asam. Saya lebih suka dimasak sayur rebus sahaja. Masaknya memang ringkas sahaja. Biasanya orang sebelah utara yang suka masak seperti ini. Mailah kita lihat resepinya yang ringkas ini...



Resepi Sayur Rebus Kerang

Bahan-bahan:

1 kilo kerang dicuci bersih
2 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 keping asam gelugur
3 biji cili api (diketuk)
garam dan sedikit perasa jika suka
air secukupnya untuk kuahnya



Cara memasak:

1. Di dalam periuk, masukkan kerang serta 
   bahan-bahan lain kecuali garam dan 
   perasa.

2. Masak di atas api sehingga ianya 
   mendidih. 

3. Apabila sayur sudah mendidih barulah 
   dimasukkan garam dan sedikit perasa jika
   suka. Rasakan ia, bila dah cukup rasa
   barulah diangkat untuk dihidangkan.

4. Boleh juga dihidangkan dengan air asam
   atau cili kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan