Rabu, 16 April 2014

Agar-agar Susu dan Milo


              Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman ceria selalu hendaknya. Hari ini cuaca panas sangat, kalau makan sesuatu yang dapat menyejukkan tekak kan.... best.

Google punya google terjumpalah resepi agar-agar milo susu dari  DAPUR GEE HUT. So.... saya cubalah buatkan agar-agar ini. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini. Izinkan saya copykan resepinya di sini pula.... ya. Lihat lah resepinya yang agak mudah ini.


Resepi Agar-agar Milo Susu

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar tali
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan
1/4 cawan gula pasir
3 sdb milo
secubit garam



Cara membuatnya:
1. Satukan serbuk agar-agar dan gula, masak 
   di atas api, kacau rata. Tuang susu sejat 
   dan air. Masukkan  daun pandan, masak 
   hingga mendidih. Gunakan  api sederhana 
   dan kacau selalu hingga agar-agar larut. 
   Keluarkan daun pandan.
2. Bahagikan 2 adunan tadi, satu bahagian 
   ditambah dengan milo dan satu bahagian 
   lagi masukkan sedikit garam. Kacau rata
   dan tuangkan ke dalam periuk berasingan, 
   biarkan api kecil.
3. Ambil 200 ml adunan, tuang ke dalam loyang 
   dan biarkan beku. Apabila telah beku,
   potong dalam bentuk dadu.
4. Tuangkan bancuhan susu ke dalam loyang dan 
   masukkan pula agar-agar yang dipotong
   dadu. Sejukkan hingga keras. Simpan dalam
   peti sejuk hingga betul-betul keras. Potong
   dan bolehlah dihidangkan.


1 ulasan: