Isnin, 8 April 2013

Kuih Koci


          Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Kelmarin pergi pasar beli barang-barang dapur, terlihat daun pisang yang cantik-cantik lagi fresh. Teringin pula nak cuba masak kuih yang menggunakan daun pisang. Belek punya belek resepi, terjumpalah resepi kuih koci ni. Teringin nak makan hasil buatan sendiri. Saya cuba dari resepi PERIUK TANAH.  Sedap kuihnya.... Mai lah kita tengok resepinya.







Resepi Kuih Koci

Bahan-bahan:


- Daun pisang secukupnya dilayur dan di-

   potong 5x5 inci.
- 1 cawan santan pekat yang dicampur dengan
  1 sdb tepung gandum, kemudian dimasak
  sehingga sedikit pekat dgn menggunakan 
  api yang sederhana (saya tak letak).

Intinya:

4 sdb gula merah
2 sdb gula putih
1/2 biji kelapa parut
1 helai daun pandan
1/2 cawan air

Caranya:

1. Masak gula merah dan gula putih bersama 
   air sehingga larut. Angkat dan tapiskan. 
2. Masakkan  kembali dengan menggunakan api 
   yang kecil. Masukkan daun pandan serta 
   kelapa. Masak sehingga kering. Kemudian 
   angkat dan sejukkan.

Dohnya:

1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan kedua-dua jenis tepung serta
   garam ke dalam bekas, masukkan santan 
   sedikit demi sedikit sambil di uli dohnya.
2. Ambil sedikit dan bulatkan.

Cara membalut kuih:

1. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak 
   ke atas permukaannya.
2. Ambil secubit doh, leperkan ia. Kemudian 
   masukkan inti kelapa ke dalamnya.
   Tutupkan ia, bulatkan sebesar bola 
   pingpong. 
3. Letakkan ke atas daun pisang, masukkan 
   sedikit santan. Kemudian barulah
   dibalutkan ia. Ulangi lagi proses membalut
   kuih sehingga selesai.
4. Masukkan kuih-kuih tersebut ke dalam
   pengukus dan kukuslah selama 20 - 25
   minit. 
5. Setelah masak barulah di angkat.


3 ulasan:

  1. salam fadzillah, kak ruby suka kuih ni, lama dah x wat ......sdp kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kuih koci ni.... akak. Saya First time buat kuih ni. Lepas ni boleh lah buat lagi.

      Padam
  2. Sedapnye kak, minggu lepad kita buat koci labu

    BalasPadam