Selasa, 9 April 2013

Agar-agar Sirap Susu


          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia semua, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya. Di cuaca yang panas terik ni.... sedap juga kalau dapat makan agar-agar atau puding yang sejuk dan dapat menyamankan tekak. Oleh kerana masih ada lagi agar-agar yang berbaki maka saya buatkan agar-agar sirap susu. Lihat lah resepinya....






Resepi Agar-agar Sirap Susu

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
sedikit sirap ros

Cara memasaknya:

1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga 
   larut, masukkan gula dan daun pandan. 
   Kacau lagi sehingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian
   daripada agar-agar tersebut, masukkan 
   pewarna  sirap ros. Masukkan ke dalam
   bekas dan bekukan. Setelah sejuk potongkan
   kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas atau  
   acuan yang disukai.
3. Sebahagian lagi masukkan susu cair. Biarkan
   mendidih seketika. Kemudian barulah dituang
   ke dalam acuan yang berisi agar-agar sirap 
   tadi. Sejukkan ke dalam peti sejuk.


6 ulasan:

  1. Sedap nya dapat nikmati diptg hari time2 pns ni kan... :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.... lah Maria. Di cuaca panas terik begini dapat makan benda-benda yang sejuk memang best sangat.

      Padam
  2. cntik, sdp sngt klu mkn sejuk2 dr peti ais.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun kak Ruby.... Di cuaca panas terik ni, dapat makan agar-agar ke atau puding yang sejuk-sejuk baru lah rasa nyaman tekak kan....

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang sedap pun.... Amelina. Boleh lah dicuba nanti.

      Padam