Rabu, 3 April 2013

Daging Masak Sambal Serai


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Sudah beberapa hari tak bersiaran. Hari ni baru lah nak masukkan entri. Kali ini entri mengenai masakan lauk pauk pula iaitu daging masak sambal serai. Tak payah lah kita berceloteh panjang-panjang. Lihat je lah resepinya...





Resepi Daging Masak Sambal Serai

Bahan:


400 gm daging dipotong kecil
20 btg cili kering dikisar
6 ulas bawang merah (dikisar) 
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halai (dikisar)
2 batang serai diketuk
garam
gula
sedikit kerisik

sedikit minyak utk menumis



Cara memasaknya:

1. Kisar bawang merah, bawang putih  dan 
   halia sehigga lumat.

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk 
   tadi bersama dengan serai yang dititik
   sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, Goreng sehingga 
   naik minyak. Masukkan daging, digoreng
   lagi.

4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa
   jika suka. Rasakan ia.

5. Bila daging dah empuk dan rasanya dah
   secukup rasa, barulah diangkat dan 
   dihidangkan.



2 ulasan:

  1. Mahunya menambah sendukan nasi klu sy mengadap ni

    BalasPadam
  2. sedap ni.bau aroma sedari tu,mkn pulak dgn nasi panas.tak yah lauk lain dah kan :)

    BalasPadam