Ahad, 14 April 2013

Masak Lemak Nangka Muda


          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia teman-teman semua. Semoga bahagia selalu di hujung minggu ini. Entri kali ini mengenai masakan lauk pauk pula. Kelmarin sewaktu ke pasar, terpandanglah nangka muda. Teringin pula rasanya nak makan masak lemak cili api nangka muda. So beli lah nangka muda tu. Asyik tertangguh je dari hari ke hari. Hari ni, baru lah dapat masak. Alhamdulillah, bertambah juga lah dua tiga pinggan nasi. Lihat lah resepinya....






Resepi Masak Lemak Nangka Muda

Bahan-bahan :

Buah nangka muda
sedikit daging (dipotong nipis)
santan secukupnya
10 ulas cili api*
1 biji bawang besar*
2 inci kunyit*
1/2 inci halia*
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan sedikit perasa.

Cara memasaknya:

1. Rebus buah nangka muda sehingga empuk. 
   Kemudian angkat dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda * sehingga 
   halus.
3. Masukkan bahan yang dikisar kedalam 
   periuk bersama serai serta asam keping. 
   Masukkan sedikit air. Masak di atas api 
   sehingga mendidih.
4. Masukkan daging, biarkan hingga empuk. 
   Masukkan daun kunyit. Masukkan santan. 
5. Kecilkan api, masukkan santan. Kacau 
   selalu agar santannya tidak pecah. Masuk-
   kan garam dan perasa.
6. Bila dah secukup rasa barulah diangkat 
   untuk dihidangkan.



8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang sedap pun Adda ... masak lemak nangka ni.

      Padam
  2. Ye lah fadzillah, betul kata adda syudda sedap...mesti sdp ni sbb kak ruby suka msak lemak nangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah resepinya... kak Ruby, kalau cukup bahannya pasti masakan kita sedap.

      Padam
  3. Hmmm thanks for the recipe! Nak buat untuk makan malam ni... :D

    BalasPadam
  4. Helo...maaf saya nk tanya bila saya msk lemak nangka,rasa kuahnya agak pahit,adakah nangka itu pahit sbb saya da letakkn semua ramuanya dengan terperinci...terima kasih kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Neera... mungkin buah nangkanya tak direbus dahulu.
      Pada saya buah nangka yang muda memang pahit rasanya. Sbb tu kena rebus dan dibuang airnya dahulu.

      Padam