Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua, semoga kita dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan 'sihat walafiat' serta dilimpahkan rezeki dan dilindungi dari segala musibah.
Kaum ibu masak apa tengahari ni untuk lunch. Saya alhamdulillah baru sahaja selesai makan. Menu tengahari ni...
Saya masak sayur air petola bersama suun,
ayam goreng, budu serta ulaman yang dipetik semalam. Selalunya saya buat sambal belacan, tapi hari ni kita makan budu pula seperti selera orang pantai timur.
Sayur Air Petola Bersama Suun
Bahan:
2 batang petola (dipotong)
sedikit ikan bilis
bawang merah (dihiris)
suun
cili merah (dihiris)
sedikit air belacan
garam, gula dan perasa
air secukupnya untuk kuah
Cara masak:
1. Masukkan petola ke dalam periuk. Masukkan juga ikan bilis, bawang hiris. Kemudian masukkan air untuk kuahnya. Barulah bukakan api. Masak hingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, masukkan suun, sedikit air belacan, garam, gula dan perasa. akhir sekali masukkan cili merah. Biarkan sebentar baru tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Untuk ayam goreng pula, saya gaulkan ayam yang dicuci bersihkan bersama garam, kunyit serbuk serta sedikit serbuk rempah kari ayam. Gaul biar bercampur. Perap sebentar, baru digoreng ke dalam minyak panas.
Untuk budunya pula saya cuma potongkan cili api dan bawang merah. Kemudian masukkan budu, kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi.
Untuk ulamnya, bolehlah dihidangkan dengan apa-apa ulaman yang ada.





Alamak... tadi dah makan kat kenduri bila tengok menu ni lapar balik huhu
BalasPadamAlahai... Jom masuk dapur pulak.
PadamAlhamdulillah lengkap sajian tengahari..sedap tu air tangan suri rumah yang baik
BalasPadamItulah cikgu, tangjawab surirumah kenalah laksanakan juga.
PadamHidangan sihat penuh khasiat. Banyak hijau-hijaunya.
BalasPadamAlhamdulillah Amie... Dah berumur macam kita ni, kenalah banyak makan sayur yang hijau-hijau.
PadamCukup lengkap gizi menu yang dihidangkan. Ada sayur, sumber protein & nampak sedap pulak tu 😊 Salam perkenalan ye
BalasPadamSalam perkenalan juga Carneyz, terima kasih sudi singgah sini.
PadamMasak seadanya saja, alhamdulillah.
Baru lepas dinner tapi tengok menu ni rasa terliur pulak ada budu & ulam tu. Sedapnya.
BalasPadamItulah Cie, asyik makan sambal belacan saja, sekali sekala makan ulam cicah budu pulak.
PadamBerkenan sy tengok sayur petola tu. Tapi itulah takde geng nak makan dekat rumah ni.
BalasPadamYa lah... kalau makan masakan macam ni dengan partner baru sedap... kan.
PadamSedapnya menu makan tengah hari macam ni. Rosak diet macam ni. Ada menu bergoreng, sayur berkuah, ulam dan sambal belacan. Lapar perut dibuatnya, berselera makan yang pastinya.
BalasPadamBetul Aphizha, kalau yang sedang diet, habislah. Tak dua pinggan tiga pinggan jadinya menambah.
PadamLauk2 kampung macamni yg sedap. Walaupun boleh buat menambah nasi, tapi balance sebab ada banyak ulaman. Takdela rasa serbasalah sangat kalau makan banyak 🤭
BalasPadamSup petola tu ada tambahan air belacan. Nanti nak cuba cara yg ini pula
BalasPadamSA suka budu....tapi suami x makan...susah la ajar dia makan budu...SA kalau msak sup petola kena ada ikan kembung goreng dan ikan masin goreng...dapnyaaaa
BalasPadam