Sabtu, 13 September 2025

Menu Hidangan Tengahari

 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua, semoga kita dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan 'sihat walafiat' serta dilimpahkan rezeki dan dilindungi dari segala musibah.

Kaum ibu masak apa tengahari ni untuk lunch. Saya alhamdulillah baru sahaja selesai makan. Menu tengahari ni...




Saya masak sayur air petola bersama suun,
ayam goreng, budu serta ulaman yang dipetik semalam. Selalunya saya buat sambal belacan, tapi hari ni kita makan budu pula seperti selera orang pantai timur.




Sayur Air Petola Bersama Suun

Bahan:
2 batang petola (dipotong)
sedikit ikan bilis
bawang merah (dihiris)
suun
cili merah (dihiris)
sedikit air belacan
garam, gula dan perasa
air secukupnya untuk kuah

Cara masak:
1. Masukkan petola ke dalam periuk. Masukkan juga ikan bilis, bawang hiris. Kemudian masukkan air untuk kuahnya. Barulah bukakan api. Masak hingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, masukkan suun, sedikit air belacan, garam, gula dan perasa. akhir sekali masukkan cili merah. Biarkan sebentar baru tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.




     Untuk ayam goreng pula, saya gaulkan ayam yang dicuci bersihkan bersama garam, kunyit serbuk serta sedikit serbuk rempah kari ayam. Gaul biar bercampur. Perap sebentar, baru digoreng ke dalam minyak panas.





Untuk budunya pula saya cuma potongkan cili api dan bawang merah. Kemudian masukkan budu, kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi.




Untuk ulamnya, bolehlah dihidangkan dengan apa-apa ulaman yang ada.



17 ulasan:

  1. Alamak... tadi dah makan kat kenduri bila tengok menu ni lapar balik huhu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah lengkap sajian tengahari..sedap tu air tangan suri rumah yang baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah cikgu, tangjawab surirumah kenalah laksanakan juga.

      Padam
  3. Hidangan sihat penuh khasiat. Banyak hijau-hijaunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Amie... Dah berumur macam kita ni, kenalah banyak makan sayur yang hijau-hijau.

      Padam
  4. Cukup lengkap gizi menu yang dihidangkan. Ada sayur, sumber protein & nampak sedap pulak tu 😊 Salam perkenalan ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga Carneyz, terima kasih sudi singgah sini.
      Masak seadanya saja, alhamdulillah.

      Padam
  5. Baru lepas dinner tapi tengok menu ni rasa terliur pulak ada budu & ulam tu. Sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Cie, asyik makan sambal belacan saja, sekali sekala makan ulam cicah budu pulak.

      Padam
  6. Berkenan sy tengok sayur petola tu. Tapi itulah takde geng nak makan dekat rumah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah... kalau makan masakan macam ni dengan partner baru sedap... kan.

      Padam
  7. Sedapnya menu makan tengah hari macam ni. Rosak diet macam ni. Ada menu bergoreng, sayur berkuah, ulam dan sambal belacan. Lapar perut dibuatnya, berselera makan yang pastinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aphizha, kalau yang sedang diet, habislah. Tak dua pinggan tiga pinggan jadinya menambah.

      Padam
  8. Lauk2 kampung macamni yg sedap. Walaupun boleh buat menambah nasi, tapi balance sebab ada banyak ulaman. Takdela rasa serbasalah sangat kalau makan banyak 🤭

    BalasPadam
  9. Sup petola tu ada tambahan air belacan. Nanti nak cuba cara yg ini pula

    BalasPadam
  10. SA suka budu....tapi suami x makan...susah la ajar dia makan budu...SA kalau msak sup petola kena ada ikan kembung goreng dan ikan masin goreng...dapnyaaaa

    BalasPadam