Khamis, 11 September 2025

Alhamdulillah Rezeki Anakanda Khairuddin Nasaie

 

Assalamualaikum...

Hari ni di sekolah si bongsu, anakanda saya Mohammad Khairuddin Nasaie mengadakan majlis penutupan sempena Hari Kemerdekaan. Jadi sebelum ini pihak sekolah mengadakan beberapa pertandingan untuk anak-anak murid mereka sempena bulan kemerdekaan.




Maka dia dan kawan-kawannya menyertai pertandingan membuat wau bulan secara berkumpulan. Alhamdulillah... kumpulannya mendapat tempat pertama.

Jadi, hari ni balik sekolah sukanya dia. Bawa balik hadiah.

Saya sharekan photonya disini untuk kenangan.








Jadi di acara penutupan hari ni, masing-masing pemenang mendapat hadiah.

Ini merupakan motivasi juga untuk dia, moga selepas ni dia akan jadi lebih berani mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.






6 ulasan:

  1. Tahniah ya, anak yang baik..InshaAllah

    BalasPadam
  2. Tahniah buat anakanda Khairuddin 👏🏽
    Banyak ilmu dan pengetahuan dapat bila join pertandingan. Dapat juga memupuk semangat bekerjasama dengan kawan-kawan.

    BalasPadam
  3. Tahniah anakanda...encem boy la dia...good job ye..nanti boleh cuba buat lagi..yang penting teamwork

    BalasPadam
  4. Tahniah. Seronok anak2 join aktiviti sekolah. Memang sekolah sibuk buat pertandingan macam2 sempena bula merdeka dan sebelum cuti sekolah.

    BalasPadam
  5. Tahniah Khairudin yang handsome.
    Semoga jadi suntikan semangat untuk ikut apa-apa pertandingan yang dianjurkan.

    BalasPadam