Assalamualaikum...
Selamat pagi sahabat semua... Salam di hari minggu yang begitu cerah.
Pagi ni sahabat bersarapan apa?
Lanjut dari cerita semalam, saya ada masak rendang. Sebelum maghrib ambil si kakak balik dari kerja, terus beli beras pulut.
Balik terus rendam dengan kunyit serta asam keping. Pagi ni baru kukus pulut. Jadi pagi ni bolehlah bersarapan pulut kuning dengan rendang ayam.
Rendang semalam masih basah-basah. Masak sehingga kering, menggunakan api kecil. Terlalu sering dikacau, last sekali jadi hancur, dah macam serunding jadinya.

Tak kisah lah, nak makan sendiri saja, walau pun hancur, jadi lebih sedap sebab dah sebati dengan bahannya.
Pulutnya pula mudah dimasak, tinggal kukus sahaja, bila dah agak lembut. Keluarkan, kemudian digaul dengan santan bercampur dengan sedikit garam. Setelah itu masukkan lagi ke dalam pengukus kembali. Kukus lagi, sehingga pulut jadi lembut dan masak sekata.
Rajin sikit hari ni, letak pulut dalam acuan kecil-kecil macam ni, comel jugak.
Mak-mak yang tak ada idea nak masak apa untuk sarapan, boleh juga buat macam saya. Ok jugak sekali sekala masak rendang dengan pulut kuning untuk sarapan pagi. Terasa macam raya pulak ada rendang bagai.





Rendang macam tu kesukaan Dania kak...ssdapnya..nasib baik SA x leh makan pulut sangat
BalasPadam