Isnin, 15 Jun 2020

Kuih Apam Nasi


Assalamualaikum...

Salam dipagi Selasa yang indah, moga semua sahabat ceria dan bahagia selalu.

Lama tak masak kuih, bangun pagi ni dok pikir juga nak buat kuih apa. Teringat lama tak buat kuih apam. Lihat dalam periuk ada nasi sejuk baki semalam. Jadi kita buatlah kuih apam nasi pagi ni.

Sementara tunggu adunan naik, sempat lagi pergi beli kelapa parut. Sebenarnya apam nasi ni makan saja tanpa kelapa parut pun dah sedap. Kalau ada kelapa parut bertambah2 sedap lah lagi.

Jom kita tengok resepinya...



Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan
pewarna
acuan yg disukai



Cara memasaknya:

1. Mula-mula kisar nasi dengan air hingga

   halus.

2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam

   bekas yg besar sedikit, masukkan yis, 
   tunggu sehingga  yis kembang.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras.

   Kacau hingga sebati, perap selama 1 jam.

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,

   warnakan mengikut warna kegemaran.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan yg disapu

   dengan sedikit minyak terlebih dahulu
   supaya tidak melekat dan mudah untuk 
   ditanggalkan nanti.

6. Panaskan periuk pengukus, kukus selama 

   lebih kurang 15-20 minit. Siap.


Untuk mengelakkan kelapa parut cepat basi, kukus sebentar. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam. Siap untuk dimakan bersama kuih apam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan