Rabu, 25 Julai 2018
Pasta Spiral Goreng Lada Hitam
Assalamualaikum...
Selamat tengahari sahabat semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Semalam masak spageti, berlebih pula sosnya, kemudian saya rebus pula pasta spiral. Kemudian pasta spiral pula lebih.
Jadi hari ni saya goreng saja pasta yg berlebihan tu... Hanya goreng ringkas2 sahaja dengan sedikit bahan yg ada di dapur. Ternyata sedap juga. Jom tengok resepi ygringkas dari saya...
Resepi pasta spiral goreng lada hitam
Bahan-bahan:
Pasta spiral yg direbus
2 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
daging cincang
sedikit lada hitam
sos tiram
kiub ayam/daging
sedikit hirisan daun sup
sedikit minyak utk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan
yang dicincang halus sehingga layu.
Masukkan daging cincang.
2. Masukkan pula daging cincang. Masukkan
sos tiram, kiub serta sedikit garam dan
gula.
3. Masukkan pasta, goreng sehingga bergaul
rata. Taburkan dengan hirisan daun sup.
Siap utk dihidangkan.
Untuk lebih sedap taburkan dengan mozarela cheese di atasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ringkas, cepat dan menyelerakan..
BalasPadam