Ahad, 15 Julai 2018

Ketupat Pulut lagi


         Assalamualaikum...

Selamat malam semua... dan selamat berhujung minggu. Semoga anda semua berbahagia selalu.

Alhamdulillah... hari ni merajinkan diri memasak ketupat pulut atau lebih dikenali dengan ketupat daun palas. Biasanya time nak raya saja orang buat ketupat pulut, ni dah habis raya baru nak buat ketupat.

Hujung minggu kelmarin saya ada balik kampung menghantar anakanda saya kesekolah, tetiba bapa belikan daun palas. Jadi disuruh saya bawa balik. Itulah sebabnya saya buatkan juga ketupat. Sayang juga jika daunnya rosak begitu saja. Dahlah bawa jauh datang dari utara sana.



Tapi kali ni saya taklah gandingkan ketupat dengan rendang atau kari ayam. Hanya sekadar belikan serunding daging dan serunding ayam sahaja dari pasar tani yang berdekatan. Itupun dah sedap. Ada juga yang makan ketupat pulut ni dicicah bersama dengan susu pekat manis. Nak tahu sedap ke tidak, kena cubalah dulu...




Ketupat yang belum dikukus.



Ketupat yang sudah dikukus.

Kali ini saya buat agak banyak, jadi supaya resepinya tak hilang saya sharekah di sini ya utk rujukan saya dimasa kan datang.

Resepi Ketupat Pulut

Bahan-bahan:

Daun palas- dibuka terlebih dahulu dan dibuat kelongsong ketupat sebelumnya.

3 kilo beras pulut (dibasuh terlebih dahulu
    dan ditoskan)
6 biji kelapa (diambil santannya, agak2 saja
    disesuaikan dengan pulut)
garam secukup rasa
10 helai daun pandan

Cara memasaknya:

1. Santan yang diperah tadi dimasukkan ke
   dalam belanga. Masukkan pula daun pandan 
   serta garam.

2. Masak santan hingga betul2 masak dan 
   sedikit berminyak.

3. Masukkan beras pulut, terus dikacau
   sehingga pulut kering. Kemudian barulah
   diangkat.

4. Kemudian barulah proses membalut ketupat 
   dibuat sehingga selesai.

5. Setelah selesai membalut, barulah direbus
   ketupat atau dikukus sehingga masak. 

Saya lebih suka mengukus memandangkan pulutnya dah lembut, kerana menggunakan pulut susu. Jika menggunakan pulut biasa, eloklah 
direbus kerana pulutnya agak keras. Terserah citarasa selera masing-masing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan