Jumaat, 27 Julai 2018

Sambal Tempoyak Goreng


       Assalamualaikum...

Salam di malam Sabtu yg indah... semoga teman2 semua sihat serta berbahagia selalu disamping keluarga tersayang.

Sekarang ni tengah musim durian kan... Kalau ada durian mestilah ada tempoyak. Sebenarnya macam2 boleh dimasak dengan tempoyak ni. Selain dicampur dgn sambal belacan, dimakan bersama ulam-ulaman, ianya boleh dibuat masak tempoyak ikan patin.

Tapi kali ni saya buat sambal tempoyak goreng bersama dengan sedikit ikan bilis. Setelah jalan2 kat blog Shahida Dzulkifli, teringin pula nak cuba resepi ni, kebetulan tempoyak masih ada dalam simpanan. Terima kasih Shahida sharekan resepi ni. Kali ni saya simpan resepinya disini pula ya...



Resepi Sambal Tempoyak Goreng

Bahan-bahan:
ikan bilis (digoreng)
tempoyak
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
15 biji cili api*
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis



Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar, saya guna 
   chopper je supaya tak terlalu halus.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan
   kisar ke dalam kuali. biarkan sehingga
   cili masak dan berminyak, masukkan 
   tempoyak, garam serta gula secukup rasa.
3. Goreng sehingga bergaul rata, tutupkan 
   api. Biarkan sebentar, kemudian baru 
   masukkan ikan bilis goreng. Gaulkan
   sehingga bercampur.



Tips: 
Untuk mengelakkan ikan bilis goreng menjadi liat, jangan masukkan dulu ikan bilis kedalam sambal ketika masih panas-panas. Biarkan sebentar sehingga sambal sedikit sejuk, baru masukkan ikan bilis goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan