Khamis, 21 Jun 2018

Terung Bercili


          Assalamualaikum...

      Selamat petang sahabat semua, semoga sihat2 sahaja hari ini. 

      Mungkin ada diantara kalian dah mula bekerja dan ada juga yang masih bercuti atau masih lagi berhari raya. Hari ni adalah hari yg ke 7 Syawal. apa-apa pun semoga kita semua berbahagia selalu.

      Hari ni saya nak entrikan mengenai masakan terung bercili. Memang terung bercili ni menjadi kesukaan saya dan anak-anak. lauk yg selalu menjadi pilihan. Jom tengok resepinya...



Resepi Terung Bercili

Bahan-bahan:

terung (ikut banyak mana yg perlu)
2 batang cili besar*
10 biji cili api*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
sejemput ikan bilis*
1 keping asam gelugur
minyak utk menumis dan menggoreng
gula dan garam secukup rasa



Cara memasaknya:

1. Terung dibelah dua, kemudian di goreng

   separuh masak, angkat dan toskan. 
   Ketepikan.
2. Bahan yang bertanda * dikisar halus.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar
   tadi, masukkan asam keping. Kemudian
   masak hingga kering dan terbit minyak.
4. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk 
   perasa jika suka secukup rasa.
5. Angkat dan tuangkan ke atas terung yg
   digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan.


5 ulasan:

  1. Mudah dan sedap sangat.. Memang best dikawankan dengan ikan goreng..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Shahida... Makan pula dgn nasi panas2, tak cukup sepinggan nasi.

      Padam
  2. tun peminat tegar terung ^^ sedap goreng cili mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan... kalau gi pasar nampak terung mesti beli. Masak macam ni je dah cukup.

      Padam
  3. Terung mmg my favourite.. sedapnya

    BalasPadam