Isnin, 25 Jun 2018

Popia Nestum


        Assalamualaikum...

   Selamat pagi...

     Semoga teman2 semua sihat dan berbahagia selalu. Pagi ni saya entrikan mengenai popiah nestum, kudapan yang paling laris dan paling senang utk disediakan. Sekali hadap je... mau habis satu balang. Sedap dan rangup. Anak-anak lah yang paling suka kudapan ini. Saya dapatkan resepinya dari FB, dah tak taulah siapa yang empunya resepi. Terima kasih kepada penyumbang resepi ni... Jom tengok resepinya.



Resepi Popiah Nestum

Bahan-bahan:

1 bungkus kulit popiah
1 1/2 cawan nestum*
1/2 cawan susu tepung* @ serbuk horlicks     (saya campurkan susu tepung dgn serbuk
  horlicks)
1/2 cawan gula*
minyak secukupnya untuk menggoreng



Cara membuatnya:

1. Ambil sekeping kulit popiah, potong empat
   persegi kecil2. Buatkan sehingga habis.
2. Panaskan minyak, goreng kulit popiah 
   sehingga garing, angkat dan toskan.
3. Bahan yang bertanda * di kisar halus.
4. Popiah yang siap digoreng, digaulkan 
   dengan bahan yang dikisar.
5. Sejukkan dahulu, sebelum dimasukkan 
   ke dalam bekas kedap udara.


     Kulit popiah ini juga selain boleh dipotong terus, juga boleh digulung kecil2 dengan menggunakan chopstick, kemudian gunting secara menyerong.


2 ulasan:

  1. kena toskan minyak betul-betul, baru cantik salutan nestum tu kan..

    BalasPadam