Khamis, 2 November 2017

Kuih Bakar Kemboja


              Assalamualaikum...

     Apa khabar teman2 blog semua... semoga anda semua sihat2 je hari ini.

     Lama tak makan kuih baulu kemboja. Hari ini sempat pula buat kuih feberat saya yg satu ini.

      Saya cuba dari resepi Yati Memories. Memang sedap kuihnya. Terima kasih Yati atas resepinya. Saya sharekan kat sini pula...



Resepi Kuih Bakar Kemboja

Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
2 cawan jus pandan (dari 4 helai daun 
      pandan)
2 1/4 cawan santan (1 cawan santan pekat- 
      selebihnya tambah air)
2 sdb mentega (cair dan sejukkan)
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 sdt garam
pewarna hijau
bijan secukupnya

Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan, kemudian blend 
   sehingga sebati, kecuali bijan.
2. Masukkan 3 sudu teh minyak ke dalam 
   loyang, oleskan rata2.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila
   minyak sudah panas, masukkan adunan tadi.
4. Tabur bijan dan bakar pada suhu 180 C,
   guna api atas bawah sehingga kuning 
   dan garing. (Saya bakar selama 1 jam 
   15 minit, kalau nak garing lagi guna 
   api atas dlm masa 5 minit terakhir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan