Rabu, 15 November 2017

Kari Ayam Nyonya


        Assalamualaikum...

    Selamat pagi teman-teman semua, semoga sihat hendaknya di pagi Khamis yang indah ini.

     Tercari-cari resepi masakan kari ayam, terjumpalah masakan kari ayam nyonya stail ni, nampak sedap je... maka saya pun cubalah memasaknya... ternyata memang sedap. Anak2 pun puji kata mereka sedap. Lain kali bolehlah masak lagi. Jom tengok resepinya



Resepi Kari Ayam Nyonya
Sumber: Marsila Mars

Bahan-bahan:


1/2 ekor ayam
santan 
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
4 biji buah keras*
cili kering ikut kepedasan*
2 biji cili merah*
1 sdb rempah kari daging
2 helai daun limau purut
garam dan sedikit minyak utk menumis

Cara memasaknya:


1.Kisar bahan yang bertanda *, kemudian 
  tumis bahan dengan sedikit minyak. Masukkan
  rempah kari serta daun kari, kacau 
  sehingga wangi dan agak berminyak.

2.Masukkan ayam, kentang dan daun 
  limau purut, kacau sebentar.

3.Masukkan pula santan, biarkan mendidih
  atau sehingga kentang empuk.

4.Masukkan garam dan perasa jika suka.
  Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Sedap jika dimakan bersama nasi atau roti jala. 


2 ulasan:

  1. Sha tak pernah lagi masak kari buh buah keras dengan daun limau purut.. Sedap eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kari ayam stail nyonya. Memang sedap... anak2 saya siap suruh buatkan lagi. Cuba lah... Sha.

      Padam