Assalamualaikum wrh wbr....
Sempena cuti Krismas baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan ke Batu Kurau, Perak bersama rakan-rakan kelab Kereta OPEL untuk acara TT makan durian. Sebenarnya Batu Kurau adalah salah satu tempat yang terkenal dengan duriannya yang sedap.
Kami bertolak dari R&R Rawang lebih kurang pukul 9.00 pagi dan sampai ke destinasi (Batu Kurau) lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Sewaktu sampai tu masing-masing perut sudah berkeroncong dan hanya minta diisi sahaja. Apa lagi sesampai je terus lah menjamu selera dengan nasi berlaukkan masakan kampung....
Ada juga ulam-ulaman beserta sambal belacan sambal tempoyak.
Ada juga ikan keli bakar serta masak lemak pisang nangka serta masak lemak ikan kembung. Perrgh...... memang sodap lah.
Masing-masing tengah melayan menjamu
selera, dah tak pandang kiri kanan lagi dah.... Maklumlah perut tengah lapar.
Habis makan tengahari, disambung pula dengan makan durian. Nah...... satu bakul durian sedang menunggu untuk dinikmati.
Di Sungai Sampeneh ini juga ada disediakan chalet bagi mereka yang ingin bermalam di sini. Saya difahamkan bayaran untuk satu hari RM100 untuk satu chalet.
Bagi mereka yang suka berendam pula boleh lah mandi manda di sungai tersebut. Tapi kenalah mengikut cuaca. Kalau tak ada hujan, bolehlah berendam lama-lama.Tapi kalau hujan turun, tak bolehlah mandi takut-takut ada kepala air datang dengan tiba-tiba. Nanti akan mengundang bahaya pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan