Rabu, 4 Disember 2013

Kek Marble


            Assalamualaikum wrh wbr.....

    Salam bahagia teman-teman semua. Hari ini teringin pula membaking kek. Dah ada bahannya cukup sayang pula kalau tak dibuat. Saya cuba buatkan kek marble atau pelangi. Tapi tak lah macam pelangi sangat.... Baru pertama kali buat....pasti ada kelemahannya.

    Rasanya memang sedap dan sangat lembut keknya. Resepi ini dah lama saya simpan, dah tak tahu siapa yang empunya resepi ini. Walau apapun izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.


Resepi Kek Marble

Bahan-bahan:(loyang 7x7 in)

80 gm mentega (dicairkan)
200 gm gula halus
190 gm telur (pecahkan dalam mangkuk 
     dan timbang)
250 gm tepung gandum*
1 sdt baking powder *(disatukan dan diayak)
75 ml susu cair
1 sdt ovalete
pewarna dan perasa yang disukai


Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
   Kemudian masukkan telur dan masukkan 
   ovalete, pukul lagi.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung 
   sedikit demi sedikit berselang-seli 
   dengan susu.

3. Bahagikan adunan mengikut warna serta 
   perisasa yang dikehendaki.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang 
   telah dilengser dengan mentega atau
   dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
   dengan suhu 175 C selama 30-40 minit.

6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan
   dari loyang. Sejukkan sepenuhnya barulah 
   dipotong untuk dihidangkan.


2 ulasan:

  1. telur tu agak2 brpa biji yerk?...resepinya mudah,tq 4 share resepi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur tu guna 4 biji sahaja. Tapi kenalah buang putih telurnya sedikit sbb nak cukup timbangannya.

      Padam