Selasa, 10 Disember 2013
Kuih Bingka Durian
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua. Oleh kerana buah durian masih ada lagi di dalam peti sejuk, maka saya cuba buatkan kuih bingka durian pula kali ini. Resepinya biasalah dari Yati Memories, memang sedap kuih bingka dimakan di waktu petang-petang begini.
Terima kasih atas perkongsian resepinya dan izinkan saya copykan kat sini pula ya...
Resepi Kuih Bingka Durian
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sdk garam
2 sdb mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan
Cara membuatnya:
1. Panaskan loyang pada suhu 200 C, lengser
loyang 9x9 @ loyang pecah 8 dengan
mentega. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan di atas kecuali isi
durian dalam satu bekas, kacau dengan
whisk hingga semua bersatu.
3. Masukkan isi durian dalam adunan dan gaul
rata. Blend semuanya. Tuangkan dalam
bekas dan gaul sebati.
4. Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan
tadi. Bakar 1 jam atau sehingga masak.
Kalau nak permukaannya berkerak, tambah
masa pembakaran. Saya tambah 1 minit
sahaja lagi. Guna api atas sahaja supaya
permukaannya garing.
5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah
dipotong untuk dihidangkan.
* Sebelum tuang adunan ke dalam acuan,
pastikan acuan dilengser dengan butter
dan panaskan terlebih dahulu dalam 3
minit. Kemudian tuang adunan, tabur
bijan dan bakar hingga masak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kak ruby suka bingka durian, mesti harum 1 umah kan.......
BalasPadam