Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan didoakan kepada teman-teman semua, semoga anda semua lebih csria di pagi ini. Kali ini saya entrikan mengenai kuih talam suji yang saya telah cuba resepinya dari Chef Zubaidah. Memang sedap kuihnya. Tapi saya buatkan setengah adunan sahaja. Anak-anak memang tidak menggemari kuih-kuih talam ni, tapi kalau kek cepat lah habis.
Saya copykan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Talam Suji
Bahan-bahan:
Bahan lapisan bawah:
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum
2 biji telur
pewarna lemon yellow
120 gm gula pasir
750 ml santan cair
1/2 tsp garam
Bahan lapisan atas:
2 biji telur
700 gm santan pekat
1 tsp esen vanila
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
80 gm gula pasir
200 gm gula melaka
1 tsp coklat emulco
Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan lapisan bawah dan
kacau di atas api sederhana hingga kental.
Masukkan ke dalam loyang yang telah
dialas dengan plastik. Ratakan dan kukus
selama 20 minit.
2. Cincang gula melaka, kemudian kisar
bersama dengan bahan lapisan atas. Tapis
ke dalam periuk, masak hingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan bawah bahan
tadi, tutup loyang dengan aluminium foil
dan kukus selama 30 minit atau sehingga
masak.
4. Sejukkan kuih dahulu, barulah dipotong.
sedapnya kak...
BalasPadamMemang sedap kuih talam suji ni.... Adda. Akak pun fist time buat kuih ni. Selalunya makan yang orang buat atau beli. Tapi buat sendiri ni, memang puas hati.
Padamsalam kenal saya pun suka talam ni
BalasPadamSalam kenal juga dari saya. Terima kasih Chik Mimi kerana sudi singgah kat Diari Diela yang tak seberapa ini.
Padam