Isnin, 25 November 2013

Jalan-Jalan ke Paya Indah Wetlands


          Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam bahagia teman-teman semua. Semoga berbahagia selalu di hari ini. Hari minggu kelmarin kami sempat jalan-jalan ke Paya Indah Wetland. On the way nak hantar anak bujang balik ke kolejnya, di Bangi. Maka bawalah mereka jalan-jalan di hujung minggu. Dapatlah hilangkan boring sikit setelah beberapa hari terperap kat dalam rumah. Sebelum ini memang dah tahu mengenai tempat ini, tapi baru sekarang berkesempatan ke sana.





         
         Sebenarnya kolam kat belakang tu ada buaya, tapi tak dapat tengok buayanya kerana buayanya semua  kat dalam air. Mungkin waktu kita datang dah lewat. Jadi buayanya tengah berehat gamaknya. Ada satu lagi kolam badak air. Tapi tak juga dapat lihat badaknya.


        
           Ini pula tasik di sebelahnya. dipenuhi pokok teratai. Sesuai untuk kaki-kaki pancing yang suka memancing ikan.


          
          Ini pula kat atas menara tinjau. Best juga dapat naik kat atas dapat lihat kawasan sekelilingnya.




        
           Pemandangan dapat dilihat dari atas menara tinjau. Lihat..... kawasannya memang banyak kawasan paya.



        Kat Paya Indah Wetland ini ada juga disediakan chalet. Kalau ada yang nak buat family day ramai-ramai memang sesuai sangat memandangkan keadaan tempatnya yang cantik dan suasananya yang agak tenang.


2 ulasan:

  1. bercuti ngan anak2 ye kaK...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.... Rohah. Bawa anak jalan-jalan di hujung minggu. Lagi pula tempatnya tak lah jauh sangat dari Shah Alam.

      Padam