Khamis, 7 November 2013

Kuih Talam Gula Merah


          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya di hari ini. Hari ni nampaknya berjaya juga saya membuat kuih talam gula merah. Sebelum ini pernah buat, tapi tak menjadi.... kuihnya lembik dan tak boleh dipotong. Entah apa silapnya, saya pun tak pasti. Jadi kali ini saya mencuba dari resepi KAk HANILIZA. 

      Alhamdulillah menjadi kuihnya dan sedap pula tu....Saya buatkan setengah adunan sahaja. Tapi potongannya kurang cantik sedikit. Walau apapun jua, saya ucapkan terima kasih di atas resepinya. Saya letakkan resepinya di sini untuk rujukan di masa akan datang.


                  


Resepi Kuih Talam Gula Merah

Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
5 cawan air biasa*
2 cawan tepung gandum
2 sdb tepung ubi
1 sdt air kapur

Cara:
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada 
   loyang.
2. Bahan yang bertanda * dimasak diatas api 
   dan sejukkan.
3. Gaulkan adunan dan tapiskan.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukuskan 
   selama 20 minit.
5. Bila dah masak, cakarkan sedikit permukaan
   adunan dengan garpu.

Lapisan atas:
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sdk garam

Caranya:
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sekejap di
   atas api sehingga naik wap saja.
2. Tuangkan ke atas adunan bawah yang telah 
   dicakarkan sedikit dan
3. Kukuskan selama 20 minit atau sehingga 
   masak.
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau 
   plastik.


2 ulasan:

  1. baru ku sedar lama sudah tak buat kuih talam...
    sedap ni...kitadah prnh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap pun kuih talam ni.... Rohah. Boleh lah di buat selalu utk sarapan pagi atau minum petang.

      Padam