Khamis, 28 November 2013

Kari Telur Rebus


          Assalamualaikum wrh wbr....

    Salam di hari Jumaat yang mulia ini, semoga berbahagia selalu. Hari ini saya masak kari telur rebus utk santapan makan tengahari ini. Biasa lah penghuni kat rumah ni, semuanya sukakan kari. Kalau lama tak buat kari. Pasti ada yang bertanyakan.... bila nak masak kari. Tak payah cerita panjang-panjang, mai kita tengok resepi kari telur rebus ya....






Resepi Kari Telur Rebus

Bahan-bahan:

6 biji telur (direbus, dikupas kulit dan 
    digoreng sekejap)
4 sdb rempah kari (dicampur dgn sedikit 
    air)
1/2 biji kelapa (diambil santan secukupnya)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 pelepah daun kari
Kulit kayu manis
sedikit kerisik
garam dan perasa



Cara memasaknya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang di
   hiris bersama daun kari serta kulit kayu 
   manis hingga garing.

3. Masukkan rempah kari, dikacau serta di
   biarkan hingga garing atau naik minyak.

4. Masukkan santan, biarkan sekejap. 
   Masukkan telur. Apabila sudah mendidih
   baru masukkan garam serta perasa.

5. Bila dah masak barulah diangkat untuk 
   dihidangkan.


2 ulasan:

  1. sedap jugak kan sesekali msk kari telur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun Mida. Setiap hari asyik masak ikan, ayam je..... Sesekali masak kari telur...... ok jugak.

      Padam