Rabu, 5 Jun 2013

Kari Ketam


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia teman-teman blogger semua. Semoga hari ini lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Selamat menikmati makan tengah hari di hari ini. Hari ini saya masak kari ketam sebagai menu makan tengah hari di hari ini. Dah lama tak makan ketam. Kelmarin sewaktu ke pasar terlihat pula ketam. Teringin lah pulak. Jadi, hari ini saya masak kari ketam bersama nenas. Berselera sangat my hubby makan nasi hari ini.






Resepi Kari Ketam

Bahan-bahan:

4 ekor ketam
1/2 biji nenas (dihiris nipis)
6 ulas bawang merah (dimayang halus)
4 ulas bawang putih (dimayang halus)
2 tangkai daun kari
2 bungkus kecil serbuk kari
3 cawan santan
sedikit halia
garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, 
   bawang putih serta daun kari sehingga 
   kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Masak sehingga 
   naik minyak. Masukkan ketam serta 
   nenas. Biarkan seketika.
3. Masukkan santan, biarkan sehingga 
   mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan 
   perasa jika suka. Barulah diangkat untuk
   dihidangkan.



1 ulasan:

  1. sedapnya ketam.. =)
    semalam buka puasa mkan ketam masak lemak kuning.. =)

    BalasPadam