Ahad, 23 Jun 2013

Kupang Goreng Berlada


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Salam bahagia kepada teman-teman blogger semua, semoga sihat-sihat sahaja hendaknya hari ini. Di musim panas serta berjerubu ni, perlu lah kita menjaga kesihatan kita semua. Perlu minum air yang banyak serta kurangkan kegiatan di luar rumah. Kalau tak sihat tu, dinasihatkan pergilah cepat-cepat ke klinik supaya sakit kita tu tak berpanjangan.

      Beralih kepada cerita masakan pula, hari ini saya cuba masak kupang pula. Alhamdulillah, rezeki juga sebenarnya ada seorang kawan yang bermurah hati berikan sekilo kupang. So, pikir punya pikir nak masak apa dengan kupang ni, jadi terjumpalah resepi kupang goreng berlada. Dah tak ingat dah dari mana sumbernya sbb resepi ni dah lama saya simpan. Walau apa pun jua, terima kasihlah atas penyumbang resepinya.




Resepi Kupang Goreng Berlada

Bahan-bahan:

1 kilo kupang
10-15 tangkai cili kering* (kalau nak pedas 
        boleh tambah)
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 batang serai (dititik)
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
serbuk perasa (jika suka)

Cara memasaknya:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
   terlebih dahulu.
2. Tumis bahan-bahan kisar dengan 
   sedikit minyak hingga garing dan naik 
   minyak.
3. Masukkan  sebatang serai yang dititik, 
   masukkan garam gula serta serbuk 
   perasa. Gaul rata.
4. Masukkan kupang dan dikacau lagi.
5. Biarkan sehingga masak dan mendidih 
   dan kuahnya agak kering dan pekat 
   sedikit (ikut suka citarasa masing-masing).
6. Bila dah masak baru lah diangkat 
   untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan