Isnin, 10 Jun 2013

Kuih Bingka Jagung

   
         Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam ukhwah kepada semua teman-teman blogger di dunia maya ini, semoga semuanya ceria-ceria selalu di samping keluarga serta tugas-tugas harian. Dah lama rasanya tak masak kuih, so hari ini terasa rajin lah pula membuat bingka. hari ini saya masak kuih bingka jagung. Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Ternyata memang sedap kuihnya. Anak-anak pun suka memakannya. Jadi ada lah juga tukang yang menghabiskan kuih. Tak sia-sia lah saya buat kuih. Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula ya...







Resepi Kuih Bingka Jagung

Bahan-bahan:(loyang 10x10 inci)

1 cawan jagung* (dikisar)
1/2 cawan air*
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 1/4 cawan gula
2 sdb butter/ minyak sapi
4 biji telur
secubit garam
4 sdb perisa jagung
sedikit bijan
sedikit butter atau minyak sapi untuk
       disapu pada loyang

Cara membuatnya:

1. Kisar jagung bersama 1/2 cawan air dan 
   ketepikan dulu.
2. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan 
   kecuali minyak dan bijan.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender 
   dan kisar sebati.
4. Sementara itu, panaskan oven 180 C.
5. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang,
   masukkan ke dalam oven sebentar.
6. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung 
   tadi dan tabur dengan bijan ke atasnya.
7. Bakar selama 60 minit api atas bawah dan 
   tambah 5 minit lagi untuk garing bahagian 
   atasnya.
8. Biarkan betul-betul sejuk baru dipotong 
   kuihnya.



3 ulasan:

  1. meleleh air liur tengok bingka jagung ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.... ka Adda. Bolehlah dicuba nanti. Memang sedap pun...

      Padam