Sabtu, 16 Februari 2013
Tempe Goreng Kacang Panjang
Assalamualaikum wrh wbr.....
Bertemu lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua sukses selalu hendaknya.
Entri kali ini mengenai masakan iaitu tempe goreng kacang panjang. Resepi ni mudah sahaja dimasak, tak lah banyak bahan sangat digunakan. Kadang-kadang asyik makan ikan, ayam je. Sekali- sekala tukar selera, makan lah tempe pulak.
Teringat sewaktu tinggal kat Indonesia dulu, tiap hari asyik makan tempe dan tauhu saja sbb ikan-ikan laut memang susah didapati oleh kerana tinggal jauh daripada laut. Kalau ada ikan pun yang dah dikeringkan atau dah dilengat. Kalau ikan yang hidup pun hanya ikan kolam je (ikan darat)seperti ikan gurame, ikan mas, ikan lele (keli) dan sebagainya. Nak tak nak kena lah makan tempe sama tahu je. Itu lah pengalaman tinggal kat tempat orang. Alhamdulillah dapat juga mengetahui budaya, cara hidup, bahasa pertuturan dan sebagainya. Pengalaman yang tak semua orang dapat merasai. Dari situlah saya pandai makan tempe. Okeylah.... ayuh mari kita lihat resep masakan nya ya ibu...ibu...
Resepi Tempe Goreng Kacang Panjang
Bahan-bahan:
1 bungkus tempe
1 ikat kacang panjang @ kacang buncis
6 ulas bawang kecil *
4 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis *
3 biji cili api *
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak masak untuk menggoreng
tempe dan menumis
Cara memasaknya:
1. Tempe dipotong kecil-kecil, dicuci serta
digoreng garing. Ketepikan.
2. Kacang panjang dipotong-potong.
3. Bahan-bahan yang bertanda * di tumbuk.
4. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk
hingga garing. Masukkan sos tiram, garam
dan gula.
5. Masukkan tempe dan kacang panjang,
kalau terlalu kering masukkan sedikit air.
Goreng sehingga kacang sedikit layu.
Rasakan garamnya.
6. Barulah diangkat untuk dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan