Ahad, 17 Februari 2013

Bayam Masak lemak

     
        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. 
Dah makan tengah hari? Saya yakin sudah pasti ada yang sedang berehat selepas makan tengah hari ni. Entri hari ini mengenai masakan sayur yaitu sayur lemak bayam. Saya campurkan dengan ubi keledek. Sekali sekala sedap juga kalau masak lemak. Lihat lah resepi ringkas dari saya.






Resepi Sayur Lemak Bayam

Bahan-bahan:

1 ikat sayur bayam (dipotong)
1 biji ubi keledek (dipotong kecil)
santan
4 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit udang kering
cili merah (dipotong)
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Rebus ubi dengan sedikit air sehingga 
   empuk. Masukkan bawang serta udang 
   kering.
2. Apabila mendidih, masukkan sayur bayam.
   Masukkan juga santan. Masukkan cili 
   yang dipotong. Dikacau selalu supaya  
   santannya tidak pecah.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
4. Barulah di angkat untuk dihidangkan.


2 ulasan:

  1. kita suka bayam kak,lagi2 klu bayam kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.... Rohah. Bayam kampung memang sedap kalau dibuat sayur lemak. Tapi sekarang ni memang susah nak dapatkan bayam kampung melainkan tanam sendiri.

      Padam