Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul

         
                Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam Maulidur Rasul untuk semua. Semoga kita semua bertambah keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Hari ini adalah hari ulang tahun keputraan Nabi kita Muhammad SAW iaitu bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Baginda adalah nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah swt bagi membimbing seluruh hamba-hambanya ke jalan yang lurus dan benar.



                                          gambar ikhsan google

           Bersempena dengan kelahiran baginda, Nabi Muhammad saw kita dituntut supaya sama-sama menghayati serta mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancarnya kecemerlangan dan kegemilangan dalam Islam. Selain itu hendaklah kita mencontohi akhlak Rasulullah saw kerana beliau adalah model sebaik-baiknya yang  patut kita contohi serta diikuti.
     Marilah kita sama-sama melafazkan selawat dengan sebanyak-banyaknya serta mengamalkan ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi saw. Semoga segala apa yang kita amalkan akan mendapat syafaat darinya serta diterima oleh Allah swt..... Amin.

      


Tiada ulasan:

Catat Ulasan